JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MASYARAKAT MENUA

  1. Home
  2. Jawatankuasa Pilihan Khas Masyarakat Menua

Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;

  • Sebuah Jawatankuasa Pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.
  • Terdiri daripada Yang di-Pertua sebagai Pengerusi serta Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam (6) orang ahli (PT 77A.(2)).

Terma rujukan jawatankuasa.

  • Meneliti dan membincangkan dasar atau plan tindakan Kerajaan Negeri dalam merangka kesiapsiagaan mendepani peralihan demografi ke arah penambahan bilangan warga emas.
  • Berperanan mendapatkan input berkaitan isu semasa seperti kebajikan, penjagaan jangka pajang, kesihatan, keselamatan sosial, kemudahan awam dan sebagainya.
  • Menyiasat, melaporkan dan mengemukakan syor kepada sebarang perkara yang berkaitan dengan warga emas Negeri Perak kepada Dewan Negeri Perak.
  • Mengemukan penyata Jawatankuasa kepada Dewan Negeri Perak perihal yang berkaitan warga emas Negeri Perak sebagaimana tertakluk kepada ketetapan Dewan Negeri.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan atau berdasarkan keperluan, tertakluk kepada perkara-perkara pada masa material.
  • a) Senarai Ahli Jawatankuasa:-
  • YB Puan Wong May Ing (ADN Pantai Remis) Pengerusi
  • YB Dr Hashim bin Bujang (ADN Bukit Chandan) Timbalan Pengerusi
  • YB Encik Steven Chaw Kam Foon (ADN Menglembu) Ahli
  • YB Encik Choong Shin Heng (ADN Chenderiang) Ahli
  • YB Encik Ong Seng Guan (ADN Pokok Assam) Ahli
  • YB Encik Goh See Hua (ADN Pasir Pinji) Ahli
  • YB Kapt (B) Dato' Haji Mohd Najmuddin bin Elias (ADN Batu Kurau) Ahli
  • YB Dr Najihatussalehah binti Ahmad (ADN Bota) Ahli
  • YB Encik Mohamad Husairi bin Arifin (ADN Kenering) Ahli
  • b) Urus setia Jawatankuasa
  • Encik Mohd Ikram bin Ahmad
  • Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
  • Encik Afzir Bin Muhamad Wazer
  • Puan Nadia Binti Zulkifli