Perutusan Yang di-Pertua Dewan Negeri

  1. Home
  2. Perutusan Yang di-Pertua Dewan Negeri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman sesawang Dewan Negeri Perak.

Syukur alhamdulillah, saya panjatkan sepenuhnya ke hadrat Ilahi, dengan izinNya jua dan rahmatnya, laman sesawang Dewan Negeri ini berjaya disempurnakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan yang berusaha dan mengendali dari awal pembikinan sehingga tertubuhnya laman sesawang ini.

Selari dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan, pelbagai informasi boleh diperolehi oleh semua pihak melalui pendekatan interaktif. Sehubungan dengan itu, tertubuhnya laman sesawang rasmi Dewan Negeri ini, saya berharap semua pihak dapat mengetahui dengan lebih mudah serta boleh mengikuti perkembangan Dewan dengan lebih cepat dan efektif.

Akhir kata, saya berharap laman sesawang ini dapat memberikan input kepada semua dan memudahkan semua urusan-urusan Ahli Dewan khususnya dan orang awam amnya. Semoga kita dapat menggembleng tenaga agar sederap selangkah dalam merealisasikan “Perak Sejahtera 2030”

Sekian.

- YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid