JAWATANKUASA PILIHAN KHAS BAGI MENGKAJI ENAKMEN-ENAKMEN NEGERI PERAK (PERINTAH TETAP 78)

  1. Home
  2. Jawatankuasa Pilihan Khas Enakmen

Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;

  • Sebuah Jawatankuasa Pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan nama Jawatankuasa Pilihan Khas. (PT 78.(1)).
  • Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan Jawatakuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Dewan Negeri (PT 78.(1)).
  • Tertakluk kepada perintah Dewan Negeri, sesebuah Jawatankuasa Pilihan Khas berkuasa memilih Pengerusinya sendiri. (PT 76.(2)).
  • Jika ahli yang dipilih menjadi Pengerusi itu tidak dapat hadir sesuatu mesyuarat, Jawatankuasa itu hendaklah memilih seorang daripada ahlinya untuk mempengerusikan mesyuarat. (PT 76. (2)).

Terma Rujukan dan Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah;

  • Mengenalpasti enakmen-enakmen yang perlu diberi keutamaan untuk disemak semula.
  • Untuk memberikan cadangan kepada Dewan Negeri Perak sekiranya terdapat enakmen-enakmen perlu untuk dikekalkan dipinda ataupun dimansuhkan dari semasa ke semasa.
  • Menerima aduan atau permintaan dari pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengkaji keperluan bagi menggubal enakmen-enakmen yang baharu dan
  • Menggerakkan usaha bagi memastikan enakmen-enakmen diakses secara digital bagi memudahkan ianya diakses dan juga bersifat mesra pengguna.
Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan ini dijadualkan bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh empat (4) bulan atau berdasarkan keperluan, tertakluk kepada perkara-perkara masa material sehingga maksimum sebanyak enam (6) kali setahun.

Jadual di bawah adalah dirujuk berkaitan dengan butiran;

  • a) Senarai Ahli-ahli bagi penggal ini (PT 78.(1)).
  • YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid Pengerusi
  • YB Cik Jenny Choy Tsi Jen (ADN Canning) Timbalan Pengerusi
  • YB Encik Jason Ng Thien Yeong (ADN Astaka) Ahli
  • YB Puan Wasanthee a/p Sinnasamy (ADN Hutan Melintang) Ahli
  • YB Encik Choong Shin Heng (ADN Chenderiang) Ahli
  • YB Encik Tiw Tee Siang (ADN Tronoh) Ahli
  • YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin (ADN Selama) Ahli
  • YB Encik Ahmad Bin Man (ADN Kuala Sepetang) Ahli
  • YB Encik Berhanudin Bin Ahmad (ADN Manong) Ahli
  • YB Kapt (B) Dato’ Mohd Najmuddin Bin Elias (ADN Batu Kurau) Ahli
  • b) Urus setia Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
  • Setiausaha
  • Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
  • Encik Afzir Bin Muhamad Wazer
  • Puan Nadia Binti Zulkifli