JAWATANKUASA PILIHAN KHAS SEKURITI MAKANAN

  1. Home
  2. Jawatankuasa Pilihan Khas Sekuriti Makanan

Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;

  • Sebuah Jawatankuasa Pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.
  • Terdiri daripada Yang di-Pertua sebagai Pengerusi serta Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam (6) orang ahli (PT 77A.(2)).

Terma Rujukan dan Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah;

  • Mengkaji halangan yang dihadapi oleh industri pertanian, perikanan, dan penternakan tempatan. Ini termasuk isu bekalan buruh, kos dedak/baja, dan ancaman penyakit tanaman/haiwan.
  • Mengesyorkan penggunaan teknologi pertanian pintar bagi memaksimumkan pengeluaran dan hasil tuai bebas racun perosak.
  • Memantau dasar Kerajaan Negeri berkaitan pengezonan tanah pertanian, permohonan pajakan tanah kerajaan untuk tujuan agromakanan, dan meminimumkan penukaran status tanah pertanian produktif kepada pembangunan komersial.
  • Mengemukakan penyata Jawatankuasa kepada Dewan Negeri Perak perihal yang berkaitan sekuriti makanan Negeri Perak sebagaimana tertakluk kepada ketetapan Dewan Negeri.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam satu (1) bulan atau berdasarkan keperluan, tertakluk kepada perkara-perkara pada masa material dan telah bubar pada Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas.
  • a) Senarai Ahli Jawatankuasa:-
  • YB Dr Haji Mohamad Yusri bin Bakir (ADN Ayer Kuning) Pengerusi
  • YB Encik Berhanudin bin Ahmad (ADN Manong) Timbalan Pengerusi
  • YB Encik Cheah Pou Hian (ADN Jelapang) Ahli
  • YB Puan Bavani a/p Veraiah (ADN Malim Nawar) Ahli
  • YB Puan Wasanthee a/p Sinnasamy (ADN Hutan Melintang) Ahli
  • YB Encik Azman bin Noh (ADN Pengkalan Baharu) Ahli
  • YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri (ADN Kuala Kurau) Ahli
  • YB Encik Muhammad Hakimi Hamzi bin Mohd Hayat (ADN Titi Serong) Ahli
  • YB Encik Salehuddin bin Abdullah (ADN Selinsing) Ahli
  • b) Urus setia Jawatankuasa
  • Encik Mohd Ikram bin Ahmad
  • Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
  • Encik Afzir Bin Muhamad Wazer
  • Puan Nadia Binti Zulkifli