JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MISKIN BANDAR

  1. Home
  2. Jawatankuasa Pilihan Khas Miskin Bandar

Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;

  • Sebuah Jawatankuasa Pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.
  • Terdiri daripada Yang di-Pertua sebagai Pengerusi serta Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam (6) orang ahli (PT 77A.(2)).

Terma rujukan jawatankuasa.

  • Menjalankan fungsi perwakilan legislatif bagi memastikan isu, keperluan dan kebajikan golongan miskin bandar di Negeri Perak diberi perhatian dalam penggubalan dasar, perundangan dan perancangan pembangunan negeri.
  • Meneliti dasar, enakmen, pelan tindakan dan program negeri berkaitan pembasmian kemiskinan bandar, perumahan mampu milik, peluang pekerjaan dan kos sara hidup.
  • Mengumpul dan mewakili suara komuniti miskin bandar berkaitan kos sara hidup, perumahan mampu milik, peluang pekerjaan, akses pendidikan, pengangkutan awam dan sebagainya.
  • Mengemukakan penyata Jawatankuasa kepada Dewan Negeri Perak perihal yang berkaitan miskin bandar di Negeri Perak sebagaimana tertakluk kepada ketetapan Dewan Negeri.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam satu (1) bulan atau berdasarkan keperluan, tertakluk kepada perkara-perkara pada masa material dan telah bubar pada Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas.
  • a) Senarai Ahli Jawatankuasa:-
  • YB Dr Abdul Aziz bin Bari (ADN Tebing Tinggi) Pengerusi
  • YB Puan Norhaslinda binti Zakaria (ADN Pangkor) Timbalan Pengerusi
  • YB Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya (ADN Rungkup) Ahli
  • YB Encik Muhamad Arafat Varisai bin Varisai Muhamad (ADN Hulu Kinta) Ahli
  • YB Puan Salina binti Samsudin (ADN Behrang) Ahli
  • YB Puan Wong Chai Yi (ADN Simpang Pulai) Ahli
  • YB Haji Rosli bin Abd Rahman (ADN Pasir Panjang) Ahli
  • YB Encik Zafarulazhan bin Zan (ADN Kampong Gajah) Ahli
  • YB Encik Noor Azman bin Ghazali (ADN Alor Pongsu) Ahli
  • b) Urus setia Jawatankuasa
  • Encik Mohd Ikram bin Ahmad
  • Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
  • Encik Afzir Bin Muhamad Wazer
  • Puan Nadia Binti Zulkifli