JAWATANKUASA PILIHAN KHAS BANDAR PINTAR
- Home
- Jawatankuasa Pilihan Khas Bandar Pintar
Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;
-
Sebuah Jawatankuasa Pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas.
-
Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.
-
Terdiri daripada Yang di-Pertua sebagai Pengerusi serta Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam (6) orang ahli (PT 77A.(2)).
Terma rujukan jawatankuasa.
-
Menilai tahap pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri agar lebih pantas dan mesra pengguna.
-
Meneliti peluasan infrastruktur telekomunikasi rangkaian terkini dengan penggunaan teknologi AI dan penggunaan teknologi dalam pengurusan trafik, lampu jalan, aspek keselamatan dan pengurusan sisa pepejal oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi Kerajaan yang lain.
-
Memastikan inisiatif bandar pintar disejajarkan dengan matlamat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk penggunaan tenaga boleh baharu, mobiliti rendah karbon, dan perancangan bangunan hijau.
-
Mengemukakan penyata Jawatankuasa kepada Dewan Negeri Perak perihal yang berkaitan bandar pintar di Negeri Perak sebagaimana tertakluk kepada ketetapan Dewan Negeri.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam satu (1) bulan atau berdasarkan keperluan, tertakluk kepada perkara-perkara pada masa material dan telah bubar pada Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas.
-
a) Senarai Ahli Jawatankuasa:-
-
YB Encik Ong Boon Piow (ADN Bercham) Pengerusi -
YB Encik Mohd Hafez bin Sabri (ADN Manjoi) Timbalan Pengerusi -
YB Encik Steven Tiw Tee Siang (ADN Tronoh) Ahli -
YB Encik Jason Ng Thien Yeong (ADN Astaka) Ahli -
YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran (ADN Buntong) Ahli -
YB Puan Angeline Koo Haai Yen (ADN Keranji) Ahli -
YB Encik Nadziruddin bin Mohamed Bandi (ADN Changkat Jong) Ahli -
YB Encik Muhammad Zulfadli bin Zainal (ADN Slim) Ahli -
YB Tuan Syed Lukman Hakim bin Syed Mohd Zin (ADN Chenderoh) Ahli
-
b) Urus setia Jawatankuasa
-
Encik Mohd Ikram bin Ahmad
-
Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
-
Encik Afzir Bin Muhamad Wazer
-
Puan Nadia Binti Zulkifli
