JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGERI (PERINTAH TETAP 74)
- Home
- Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC)
Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;
-
Lantikan ahli-ahli adalah pada setiap penggal Dewan Negeri (PT 74.(1)),
-
Pengerusi Jawatankuasa adalah dalam kalangan pembangkang (PT 74.(2)); dan
-
Mempunyai seorang Timbalan Pengerusi dan tidak lebih 5 Ahli (PT 74.(2)).
Terma Rujukan dan Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah memeriksa;
-
Kira-Kira Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Dewan Negeri kerana memenuhi perbelanjaan negeri (PT 74.(1)(a)),
-
sebarang Kira-Kira pihak berkuasa awam dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Dewan Negeri (PT 74.(1)(b)),
-
laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan Negeri menurut Fasal (2) Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan (PT 74.(1)(c)); dan
-
sebarang perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau sebarang perkara yang dirujukkan oleh Dewan Negeri kepada Jawatankuasa itu (PT 74.(1)(d)).
Kehadiran mesyuarat adalah sekurang-kurangnya tiga orang ahli (PT 80.(3)) dan anggaran bilangan mesyuarat pada tahun 2024 adalah sebanyak enam kali.
Jadual di bawah adalah dirujuk berkaitan dengan butiran;
-
a) Senarai Ahli-ahli bagi penggal ini (PT79.(1));dan
-
YB Dato’ Zainol Fadzi bin Paharudin (ADN Sungai Manik) Pengerusi
-
YB Jason Ng Thien Yeong (ADN Astaka) Timbalan Pengerusi
-
YB Puan Angeline Koo Haai Yen (ADN Keranji) Ahli
-
YB Encik Muhamad Arafat bin Varisai Mahamad (ADN Hulu Kinta) Ahli
-
YB Encik Azman bin Noh (ADN Pengkalan Baharu) Ahli
-
YB Encik Mohd Hafez bin Sabri (ADN Manjoi) Ahli
-
YB Encik Noor Azman bin Ghazali (ADN Alor Pongsu) Ahli
-
b) Urus setia Jawatankuasa
-
Setiausaha
-
Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
-
Encik Mohd Faharuddin bin Ibrahim
-
Cik Zan Nur Aini binti Zainal