JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN (PERINTAH TETAP 76)

  1. Home
  2. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Ringkasan berkaitan Ahli-ahli Jawatankuasa;

  • Jawatankuasa ini mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam orang ahli dilantik oleh Dewan Negeri dengan seberapa segera yang boleh selepas permulaan setiap penggal. (PT 76.(1)).
  • Sebarang perkara yang menyentuh kuasa, hak dan kebebasan Dewan Negeri hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa ini. (PT 76.(1)).

Terma Rujukan dan Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah memeriksa;

  • Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mempertimbangkan sebarang perkara yang dirujuk kepadanya dan mengemukakan penyata di atas perkara itu kepada Dewan Negeri. (PT 76.(1)).
  • Apabila Dewan Negeri tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Yang di-pertua jika telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak dan kebebasan Dewan Negeri. (PT 76.(2)).
  • Jika Yang di-Pertua, berpuas hati bahawa secara prima facie telah berlaku kesalahan itu, boleh diserahkan perkara itu kepada Jawatankusa ini dan Jawatankusa ini hendaklah mengemukakan kepada Dewan Negeri.(PT 76.(2)).
  • Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan dokumen dan mengemukakan penyata kepada Dewan Negeri dari semasa ke semasa.(PT 76.(3)).
Jawatankuasa ini dijadualkan bersidang sebanyak dua (2) kali setahun.

Jadual di bawah adalah dirujuk berkaitan dengan butiran;

  • a) Senarai Ahli-ahli bagi penggal ini (PT 76.)
  • YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid Pengerusi
  • YB Cik Jenny Choy Tsi Jen (ADN Canning) Timbalan Pengerusi
  • YB Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya (ADN Rungkup) Ahli
  • YB Encik Ong Boon Piow (ADN Bercham) Ahli
  • YB Encik Chaw Kam Foon (ADN Menglembu) Ahli
  • YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri (ADN Kuala Kurau) Ahli
  • YB Encik Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Aziz (ADN Kamunting) Ahli
  • YB Encik Nadziruddin Bin Mohamed Bandi (ADN Changkat Jong) Ahli
  • b) Urus setia Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
  • Setiausaha
  • Encik Amir Fadli bin Mohamed Halmi
  • Encik Mohd Faharuddin Bin Ibrahim
  • Cik Zan Nur Aini Binti Zainal