Dasar Privasi

  1. Home
  2. Dasar Privasi

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Rasmi Dewan Negeri Perak kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel atau pendaftaran di ruangan ahli yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam portal ini.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Portal Rasmi Dewan Negeri Perak mempunyai pautan ke laman web/portal agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web/portal yang terdapat dalam pautan portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui ruangan Maklumbalas  yang disediakan dalam portal ini.