Soalan Lazim
- Home
- Soalan Lazim
- Dewan ini bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang.
- Membincangkan isu-isu negeri.
- Memeriksa pelaksanaan dasar kerajaan.
Dalam bentuk yang wujud pada hari ini, Dewan Undangan Negeri Perak ditubuhkan secara rasmi pada 12 Julai 1959 sesudah selesainya pilihanraya persekutuan pada tahun 1959. Pembentukan DUN Perak pada tarikh itu secara muktamadnya mengakhiri pelaksanaan apa yang telah termaktub dalam cadangan Suruhanjaya Reid yang mencadangkan penubuhan majlis legislatif yang berasingan di setiap negeri yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Dewan Negeri Perak dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan dianggotai seramai 59 ahli Dewan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya yang bertanggungjawab mewakili rakyat dalam memastikan kesejahteraan serta keperluan rakyat dipenuhi di kawasan masing-masing.
Pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negeri dibuat dengan pencalonan daripada Ahli Dewan. Calon Yang di-Pertua Dewan boleh dalam kalangan ahli Dewan, bekas ahli Dewan atau calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri hendaklah dilantik daripada kalangan Ahli Dewan.
Peraturan-Peraturan berbahas yang ada di dalam perintah-perintah tetap Dewan Negeri Perak.
“Ahli” ertinya seseorang yang telah mengangkat sumpah mengikut seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal (1) Perkara XLVII Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
“Belah bahagian” hendaklah difahamkan sebagai salah satu cara pengundian melalui kiraan kepala atau mengikut blok.
“Buku Mesyuarat” ertinya semua urusan yang ditetapkan bagi hari yang akan datang dan sebarang pemberitahuan berkenaan dengan soalan atau usul yang telah ditetapkan bagi hari akan datang sama ada ditentukan atau tidak harinya.
“Jawatankuasa Pilihan” hendaklah difahamkan termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas atau Jawatankuasa Pilihan Penggalan, mengikut mana yang berkenaan.
“Kertas Mesyuarat” ertinya kertas yang mengandungi urusan mesyuarat serta dibentangkan setiap hari persidangan.
“Menteri Besar” hendaklah difahamkan termasuk seseorang yang diarahkan bagi menjalankan tugas dan kuasa Menteri Besar semasa ketiadaan Menteri Besar.
“Mesyuarat” ertinya ialah persidangan atau persidangan-persidangan Dewan Negeri bermula daripada permulaan Dewan Negeri bermesyuarat selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa, dan selesai apabila Dewan Negeri ditangguhkan selama lebih daripada empat belas hari atau sine die atau setelah tamat sesuatu tahun.
“Pakaian Hari Kalung” ertinya Pakaian Nombor Satu (1) bagi ahli Dewan Negeri dan jubah rasmi bagi yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Setiausaha.
“Pengerusi” hendaklah difahamkan termasuk Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua atau mana-mana ahli yang dilantik di bawah Perintah-Perintah tetap ini.
“Penggal” ertinya ialah persidangan-persidangan Dewan Negeri bermula daripada Dewan Negeri bermesyuarat selepas ditubuhkan atau selepas diberhentikan atau dibubarkan pada bila-bila masa, dan berakhir apabila Dewan Negeri diberhentikan atau dibubarkan dengan tidak diberhentikan dahulu.
“Perbahasan” ertinya penghujahan tentang sesuatu perkara termasuk usul dan Rang Undang-Undang.
“Persidangan” ertinya suatu tempoh dalam kiraan hari selama mana Dewan Negeri bersidang dengan tidak berhenti-henti, (termasuk masa ditempohkan mesyuarat) tanpa ditangguhkan dan termasuklah sebarang tempoh Dewan Negeri bersidang sebagai Jawatankuasa.
“Petisyen” ertinya permohonan atau rayuan yang dikemukakan oleh sekumpulan orang awam kepada Kerajaan melalui ahli.
“Rang Undang-Undang” ertinya draf sesuatu undang-undang sama ada yang baharu atau pindaan yang dibawa untuk mendapat kelulusan Dewan Negeri.
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Dewan Negeri dan termasuk Penolong Setiausaha Dewan Negeri.
“Soalan” ertinya soalan lisan dan soalan bertulis yang dikemukakan oleh ahli kepada Setiausaha.
“Sut urusan” hendaklah difahamkan sut berwarna gelap, kemeja berkolar, tali leher, stokin dan kasut berwarna gelap.
“Undi dengan suara” ertinya memutuskan sesuatu persoalan dengan bersuara berdasarkan ketetapan Yang di-Pertua.
“Urusan awam” ertinya urusan berkepentingan rakyat yang perlu diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan melalui usul yang dibawa oleh ahli.
“Usul” ertinya sesuatu perkara yang dibawa oleh ahli untuk diputuskan di dalam Dewan Negeri.
Ketua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas 5 tahun dari tarikh Mesyuarat Pertama atau pada bila-bila masa yang lebih awal. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri.
Semua pelawat sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Dewan Negeri Perak.
Lawatan hanya dibenarkan semasa hari persidangan atau di luar waktu persidangan ketika waktu bekerja sahaja. Permohonan lawatan hendaklah dikemukakan dan menyediakan butiran - butiran pelawat seperti di bawah:-
- Nama Individu/Kumpulan:
- Pegawai yang bertanggungjawab (nama & jawatan):
- Kategori Pelawat: Contoh; Nama Jabatan
- Alamat:
- Tarikh Lawatan:
- Pilih Waktu Lawatan: Semasa Persidangan/Diluar Waktu Persidangan
- Jumlah Pelawat:
- Jenis kenderaan
Selain itu, permohonan lawatan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui laman web Dewan Negeri Perak.
Pelawat dikehendaki menunjukkan surat kebenaran lawatan di Balai Pengawal. Ketua rombongan dikehendaki membawa senarai lengkap pelawat yang mengandungi nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon. Hanya mereka yang disenaraikan sahaja dibenarkan masuk mengikuti lawatan.
Sebarang Pertanyaan Boleh Diajukan Kepada Urus Setia Dewan Negeri Melalui:-
Alamat: Setiausaha Bahagian Dewan Negeri
Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Emel: urusetiadewan@perak.gov.my
No. telefon: 05 209 5000 (samb. 5215)
No. faks: 05 241 0451