Pengenalan

  1. Home
  2. Pengenalan

Dewan Negeri Perak terletak di Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh Perak. Berdekatan dengan dewan tersebut terletaknya pejabat-pejabat yang lain antaranya ialah Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Pejabat Ketua Pembangkang, Kamar di-Raja dan Bilik Jamuan Dewan Negeri.

    Dewan Negeri Perak dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan dianggotai seramai 59 ahli Dewan Negeri yang bertanggungjawab mewakili rakyat dalam memastikan kesejahteraan serta keperluan rakyat dipenuhi di kawasan masing-masing.

Fungsi Dewan Negeri Perak

Dewan Negeri Perak, sebagai badan legislatif negeri, memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan penggubalan undang-undang di Negeri Perak.

Antara fungsi Dewan Negeri Perak ini adalah :-

  • Dewan ini bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang
  • Membincangkan isu-isu negeri
  • Memeriksa pelaksanaan dasar kerajaan

Dalam Perkara 36 (1) Bahagian Pertama Undang-Undang Negeri Perak telah menyatakan kuasa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bagi perisytiharan memanggil Dewan Negeri untuk bermesyuarat sebelum tempoh enam bulan dari mesyuarat yang lepas. Undang-undang Tubuh Negeri Perak merujuk kepada dokumen yang digunakan sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan bagi Negeri Perak.

Dewan Negeri Perak telah mengalami transformasi dari pelbagai sudut antaranya Perkataan Dewan Negeri Perak (DN) telah diwartakan berdasarkan Warta Kerajaan (Pk. P.U 18) yang telah diterbitkan pada 10 September 2015 yang mana ianya menggantikan perkataan asal iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN). Selain itu, Dewan Negeri juga telah mengalami pengubahsuaian dewan pada tahun 2023, pembangunan sistem e-Dewan, penggunaan voice-to-text  menggantikan kaset rakaman dan sebagainya.